10 Februari 2010

Madah.

Bangsaku, bangunlah.

Bangun dan sedarlah dari mimpi.

Dah?

Buatkan aku sarapan.

24 Januari 2010

Pen yang hilang.

Sometimes in the middle of the night, I think of something that's funny, then I go get a pen and I write it down. Or if the pen's too far away, I have to convince myself that what I thought of ain't funny.

Kata mendiang Mitch Hedberg.

11 Januari 2010

Menyampah.

Kiri kanan, orang suruh aku tulis. Untuk blog satu hal, untuk kerja lagi satu hal.

Minggu yang macam hampas. Terlalu banyak sambutan hari jadi (Capricornians rule my world now), gereja kena bakar, surau kena serang, kawan-kawan lama semua sibuk, bola kena tangguh sebab cuaca (atau bak kata ESPN,"inclement weather.").

Tak tahu nak tulis apa. Dunia dah sampai ke penghujungnya. Adakah kita sudah bersedia?

Aku mandi dulu. Rambut masih berbau koktel. Bukan Molotov, tau?

31 Disember 2009

Hujung.

Aku tengok banyak blog dengan senarai pengikut yang beribu. Aku fikir, "Wow."

Sekejap tadi, pulang dari "merehatkan minda tapi memenatkan kepala," aku terbuka blog aku sendiri yang sekian lama kosong. (Banyak alasan yang boleh aku guna untuk justifikasikan kekosongan kreativiti aku. Namun, tatkala ini, aku hanya akan berselesa dengan alasan yang biasa aku guna setiap kali soalan dipancutkan ke muka aku. "I have nothing to write about. My life has completely changed.")

Secara senyap (ini ego yang menaip, bukan id) aku pernah terfikir: I'll start writing my blog again once I have 100 followers.

Jadi. Oh well. Seratus pengikut untuk blog kosong.

What does that tell you?

2009. Tahun malas untuk ini, tapi rajin untuk itu. Aku sambut kedatangan 2010 dengan mulut yang terbuka.

Kita lihat apa yang terjadi nanti...